Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) berucap sempena Program Bizmatch Mega 2.0 Himpunan Usahawan Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Usahawan perlu keluar dari zon selesa, berani teroka pasaran luar

SHAH ALAM, 13 JULAI: Usahawan di negeri ini perlu keluar dari zon selesa dengan berani meneroka peluang baharu untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata meskipun pelbagai inisiatif disediakan Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan, namun golongan tersebut perlu pantas merebut peluang seiring perkembangan teknologi dan inovasi.

“Malah, peniaga baru perlu menyedari perniagaan pada masa kini berpacu persaingan mengikut perkembangan teknologi dan inovasi. Saya harap usahawan terokai potensi dan peluang dalam perniagaan.

“Peniaga perlu berfikir langkah meneroka pasaran antarabangsa terutama di rantau Asia Tenggara. Selangor menyediakan pelbagai program untuk usahawan, begitu juga dengan bimbingan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), namun saya tidak mahu mereka selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Bizmatch Mega 2.0 Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Program Bizmatch Mega 2.0 Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Julai 2023. Turut sama EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kiri) dan Pengurus Besar Kanan Keusahawanan PKNS Azilah Arasad @ Arshad. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata pihaknya komited membantu usahawan mengembangkan perniagaan.

“Program BizMatch 2.0 memberi peluang usahawan mengembangkan ilmu dan jarinan perniagaan. Kita mahu bantu, bimbing usahawan 

“Harapan saya agar 550 usahawan yang hadir pada program ini mengambil peluang untuk membina jaringan eksklusif, efektif dan memperbanyakkan kontak serta rakan kongsi rujukan untuk memantapkan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika Program Bizmatch Mega 2.0 Himpunan Usahawan Selangor di Dewan Raja Muda Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :