Peserta mendengar penerangan sebelum mula memasak sempena kursus pengawetan makanan dianjurkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sentosa pada 9 April 2023. Foto Facebook ADN Sentosa
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Selangor sasar pendapatan isi rumah RM9,290 sebulan menjelang 2025

Kerajaan Negeri berusaha meningkatkan lagi pendapatan isi rumah seluruh rakyat. Selain menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah, Selangor menyediakan strategi dan program menebalkan lagi poket kita.

Melalui dasar lima tahun Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Kerajaan Negeri menetapkan sasaran pendapatan isi rumah meningkat sehingga RM9,290 sebulan menjelang 2025.

Wartawan NADIAH ZAMLUS menyusun maklumat asas cabaran, strategi dan program negeri mencapai sasaran tersebut. Jumlah pendapatan isi rumah ini antara 14 petunjuk kejayaan RS-1 seperti dibentang pada 27 Julai 2022.

Cabaran

– negeri ketiga tertinggi pendapatan isi rumah

– jurang pendapatan luas di antara daerah

– pengangguran lebih rendah berbanding purata negara

– pengangguran meningkat ketika wabak Covid-19

– kemiskinan mutlak ketiga terendah dalam negara

– kadar miskin relatif ketiga tertinggi

Strategi

Tingkat pendapatan menerusi keusahawanan

– Skim Hijrah Selangor, tawar biaya RM1,000 hingga RM50,000

Asah kemahiran ikut pasaran kerja

– dapat kerja gaji tinggi

– latihan teknikal dan vokasional

– kursus tingkat kemahiran profesional

 

Program

Skim Hijrah Selangor

– bantu usahawan mikro dapat pinjaman

Dana Usahawan Mikro Selangor

– sedia geran sehingga RM30,000 dalam bentuk peralatan

Pusat Wanita Berdaya

– latih kemahiran wanita di 56 pusat

Program Pembasmian Kemiskinan Skim Geran Mikro

– sedia RM10,000 dalam bentuk peralatan kepada usahawan

Pembangunan dan Pemerkasaan India Selangor (i-SEED)

– bantu usahawan mikro India

Selangor Freelance (padanan kerja)

– mudahkan padanan kerja dalam talian

Insentif dan galakan untuk pensijilan profesional

– sedia bantuan yuran dapatkan sijil profesional

 

 

 

 

 


Pengarang :