PKNS F.C: Belum sampai waktu umum, tunggu jendela perpindahan dibuka

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JUN: Barisan pemain PKNS F.C terus menjadi teka teki dan keputusan pertukaran pemain hanya diketahui apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

Demikian jawapan Pengurus Pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid kepada SelangorKini.

mahfizul“Saya rasa belum sampai waktu untuk umum. Mungkin boleh tanya saya semula waktu jendela dibuka nanti, manalah tahu. Pada masa itu mungkin ada perkembangan terkini, Insha Allah,” kata ketika dihubungi.

Sebelum ini, Mahfizul Rusydin memberitahu SelangorKini bahawa PKNS F.C tidak menolak kemungkinan menukar pemain sekiranya langkah itu mampu memberi tambah nilai pasukan Naib Juara Superbest Power Piala FA 2016 itu dalam mengharungi pusingan kedua Liga Perdana dan Piala Malaysia nanti.

Beliau bagaimanapun berkata pengurusan PKNS F.C tidak terburu-buru membuat keputusan tetapi sebaliknya membuat kajian sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Pihak Perkongsian Bola Sepak Liabiliti Terhad Malaysia (FMLLP) mengumumkan jendela perpindahan pemain bagi pendaftaran pemain kali kedua, musim 2016 akan dibuka pada 20 Jun sehingga jam 12.00 tengah hari.

Sementara pada 15 Julai 2016 bagi pemain tempatan dan jam 11.59 malam pada tarikh sama bagi pemain import.

-nR-


Pengarang :