63 warga kerja MBSA terima RM18,900 sempena Ramadan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JUN: Sejumlah RM18,900 disumbangkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada 63 warga kerjanya sempena Ramadan tahun ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata ia diberikan menerusi Tabung Majikan Prihatin MBSA bernilai RM300 bagi setiap penerima.

MBSA 3Katanya, warga kerja yang layak termasuk ibu atau bapa tunggal, mempunyai anak istimewa, orang kelainan upaya (OKU) dan menghidap penyakit kronik.

“Ini adalah inisiatif membantu kakitangan kurang berkemampuan bagi meringankan beban sepanjang Ramadan serta sambutan Aidilfitri nanti.

“Ia juga tanda keprihatinan MBSA terhadap warga kerja selain mengeratkan silaturahim antara majikan dan pekerja,” katanya.

Terdahulu, beliau dan ahli majlis menyertai Majlis Iftar Jamaei 2016 di Dewan Banquet, Wisma MBSA di sini, semalam.

MBSA 1Sejurus berbuka, lebih 100 warga kerja MBSA mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Selain warga kerja, MBSA turut menjemput 60 anak yatim dan pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Darul Pekim dan Pusat Tahfiz Ummul Qura.

Kesemua mereka menerima sumbangan duit raya berjumlah RM50 seorang sementara pihak pengurusan kedua maahad turut menerima sumbangan RM1,000 masing-masing.

-AA-


Pengarang :