LZS agih RM3.03 juta sumbangan raya untuk 6,078 asnaf

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 JUN: RM3.03 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diagihkan kepada 6,078 asnaf fakir, miskin dan mualaf sebagai persediaan Aidilfitri kali ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata pemberian itu membabitkan peruntukan RM1.98 juta untuk diagihkan kepada 3,978 asnaf fakir dan miskin manakala RM1.05 juta lagi untuk 2,100 mualaf.

DYMM Sultan dan MB Berbuka puasa di Masjid Darul Ibadah Bestari Jaya“Selain majlis perasmian masjid dan berbuka puasa bersama rakyat, DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada fakir, miskin dan saudara baru.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan menggembirakan hati penerima bantuan dalam membuat persediaan menyambut Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapannya pada Majlis Perasmian Masjid, Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Tahun 1437H/2016M di Masjid Darul Ibadah, Kampung Harmoni, Bestari Jaya di sini, semalam.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 319 asnaf fakir dan miskin bagi kawasan Bestari Jaya berjumlah RM159,500.

Selain itu, RM75,000 turut diagihkan kepada 150 mualaf bagi kawasan sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 469 orang penerima dengan sumbangan RM234,500.

-AA-


Pengarang :