Sultan Sharafuddin solat Jumaat bersama rakyat

OLEH: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 10 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

solat jumaat 2Turut bersama baginda beberapa kerabat diraja Selangor dan pegawainya serta Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Selepas selesai menunaikan solat, baginda mengambil kesempatan bersalam dan beramah mesra dengan jemaah masjid serta rakyat.

Kemesraan Tuanku Sultan bersama orang ramai terserlah dan keadaan ini tidak dilepaskan ramai untuk bersama baginda.

Diiringi Menteri Besar, baginda selepas itu berangkat meninggalkan masjid berkenaan.


Pengarang :