Sultan rasmi Masjid Selayang Baru

OLEH : AFIX REDZUAN

GOMBAK, 14 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Selayang Baru di sini sempena Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan hari raya.

Masjid yang mula dibina pada tahun 1978 ini siap sepenuhnya pada 1980 dengan peruntukan sebanyak RM700,000.

Dibina dengan keluasan tapak 2.5 ekar, nama masjid ini diberi seorang ulama, Kiai Borhan Munkun yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan pernah tinggal di Kampung Selayang Baru.

CP2A3180Baginda diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, Exco Kerajaan Selangor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Husin Mohd Ali.

Dalam majlis sama Sultan Selangor turut menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM232,500 kepada 315 orang asnaf fakir dan miskin serta 150 orang asnaf mualaf.

Sejurus kemudian Sultan Sharafuddin menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta disusuli solat sunat Terawih sebelum berangkat pulang.

EZY


Pengarang :