UNISEL dilengkapi penyaman udara baru demi keselesaan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) bakal dilengkapi penyaman udara baru dengan kos RM15 juta bermula 15 Jun ini.

Presiden dan Naib Canselor, Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata proses pemasangan dijalankan serentak di kedua-dua kampus iaitu Shah Alam dan Bestari Jaya.

Kampus UNISELatanya, terdapat empat sektor pemasangan meliputi tiga di Bestari Jaya dan satu di Shah Alam.

“Ini merupakan antara proses transformasi dan sebahagian daripada peruntukan RM44 juta disediakan Kerajaan Negeri.

“Diharap pemasangan penyaman udara baru ini memberikan lebih keselesaan buat semua warga universiti,” katanya ketika perhimpunan bulanan di kampus Shah Alam semalam.

Majlis turut dihadiri keseluruhan pengurusan tertinggi serta warga UNISEL.

Pada masa sama, Mohammad menyeru semua untuk bekerja lebih keras bagi membina imej dan keyakinan terhadap UNISEL.

“Ini kerana setiap usaha atau hasilnya nanti pasti menjadikan UNISEL lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

EZY


Pengarang :