FOMCA: Elak manipulasi satu sen

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kastam perlu mewujudkan garis panduan mewajibkan peniaga tidak memanipulasikan penggunaan satu sen.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pemantauan ketat juga perlu dilaksanakan kerana banyak peniaga mengambil kesempatan memanipulasi dengan meletakkan angka ganjil dalam harga dikenakan.

1sen“Sebagai contoh, tanda harga RM2.99 kepada RM2.95 mengikut gandaan lima sen. Kita memang laksanakan pengenapan mengikut sen terdekat namun apabila peniaga meletakkan sen tertinggi ke atas itu mengelirukan pengguna.

“Jika diikutkan harga dikenakan memang sudah dicampur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Namun, strategi itu menyebabkan peniaga membayar lebih akhirnya,” katanya ketika SelangorKini.

Yusof berkata KPDNKK perlu membuat peraturan jelas bagi memastikan peniaga mempamerkan harga barang, bukan harga selepas GST.

“Harga peniaga juga perlu dipantau supaya lebih telus bukan wujud gimik manipulasi sistem yang ada. Apa diharapkan kalau harga dikenakan GST biar pada kadar tidak terlibat RM0.99,” katanya.

Sehubungan itu, FOMCA mendesak penandaan harga dikenakan kebanyakan peniaga khususnya pasar raya digenap kepada lima sen terendah sahaja.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan peniaga mengambil kesempatan memanipulasi penggunaan sembilan sen yang semakin berleluasa.

EZY


Pengarang :