SACC rai anak yatim, erat persaudaraan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 JUN: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) meraikan seramai 45 anak yatim dari Rumah Perlindungan Al-Nasuha dan Rumah Kasih Pertiwi sebagai salah satu program tanggungjawab sosial kemasyarakatan (CSR).

Pengurus Besar SACC, Nasrudin Abu Bakar, berkata majlis meraikan anak yatim adalah program tahunan khusus bagi sambutan Ramadan Al-Mubarak disamping mengeratkan silaturrahim.

CP2A3426Katanya SACC turut membuka peluang kepada kumpulan pelajar Bidang Pengurusan Hotel, Kolej Segi berganding bahu bersama kakitangan SACC dalam memastikan kelancaran program itu.

“Kerjasama ini dapat diterjemahkan dalam konteks lebih luas, khusus membantu menyediakan landasan buat penglibatan pelajar bidang hospitaliti,” katanya ketika majlis ‘Nikmat Iftar’ Rai Rumah Amal berbuka puasa di SACC, Shah Alam, malam tadi.

Turut diadakan majlis penyampaian sumbangan bernilai RM1,000 daripada SACC kepada Rumah Kasih Pertiwi dan RM2,400 kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha daripada Segi Kolej.

Manakala pihak Adabi Consumer Industri Sdn Bhd menyumbangkan keperluan makanan selama sebulan dan duit raya untuk kedua Rumah Amal bagi meringankan beban.

Pembantuu Pengurus Komunikasi Korporat Adabi, Roshidi Zabidi, berkata pihaknya menyumbang keperluan makanan seperti rempah ratus, sub bunjut, kurma dan makanan dalam tin.

“Saban tahun Adabi komited membantu rumah anak yatim di merata tempat adalah untuk membantu anak-anak ini seronok dan gembira dalam menyambut Ramadan.

“Selain itu, kita juga mengadakan program sahur untuk pelajar IPTA dan menyediakan juadah berbuka puasa bagi golongan gelandangan,” katanya.

EZY


Pengarang :