RM1.35 juta turap jalan di taman perumahan USJ18

OLEH LIZAWATI MADFA
SUBANG JAYA, 10 JUN: RM1.35 juta diperuntukkan bagi kerja penurapan semula jalan sepanjang 9 kilometer (KM) sekitar taman perumahan USJ18, di sini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han, berkata kerja penurapan merangkumi jalan utama taman termasuk laluan masuk kereta di hadapan rumah penduduk (driveway).
“Oleh itu, penduduk diingatkan untuk terus melapor kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) jika terdapat pihak ketiga meminta wang bagi penurapan ‘driveway’.
IMG_1230“Kejadian penipuan ini pernah berlaku di kawasan lain, maka penduduk diingatkan untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MPSJ, Mohd Razif Datuk Abdul Rahman dan Ahli Majlis, Yap Kok Weng melakukan lawatan tapak di Jalan USJ 16/3.
Kerja penurapan bermula 15 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya hujung minggu ini.
Pada masa sama, Sze Han berkata, MPSJ memantau ketat kerja penurapan bagi mengelak pihak ketiga mengambil kesempatan ke atas penurapan ‘driveway’.
“Kontraktor juga diarahkan melakukan penurapan driveway sekali dengan jalan utama taman.
“Kebiasaannya penurapan driveway dilakukan di hujung projek menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab berpeluang ‘cari makan’,” katanya.
-AA-

Pengarang :