RM700,000 bangun infrastruktur Kampung Bagan Sungai Besar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 JUN: Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM700,000 untuk projek pembangunan dan menaik taraf infrastruktur Kampung Bagan di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan masyarakat di kawasan terlibat.

Sungai Besar“Sejak 2009 hingga hari ini Kerajaan Negeri memang prihatin menaikkan taraf infrastruktur di Kampung Bagan khususnya di Kampung Bagan Sungai Besar dan Kampung di kawasan Sekinchan.

“Di Bagan Sungai Besar Kerajaan Negeri sudah membelanjakan lebih RM700,000 sepanjang tujuh tahun ini. Antaranya bumbung gelanggang bola keranjang, tempat letak kereta, longkang dan sebagainya,” kata Hian Wah.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Pengedaran Tong Sampah Percuma di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Sen Fak Sua Kong, Bagan Sungai Besar di sini, hari ini.

Jelasnya, usaha meningkatkan infrasruktur ini tidak akan berhenti, malah diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan penduduk di sesuatu kawasan.

Terdahulu, hingga September tahun lalu, sebanyak 50 peratus penduduk kampung bagan yang menduduki tanah Kerajaan Negeri secara haram sebelum 2008 sudah diberikan hak milik dan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak Pakatan (Pakatan) mentadbir Selangor.

EZY


Pengarang :