Orang awam membeli keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Satu kes baharu di Selangor babit kes import dari Singapura

SHAH ALAM, 16 MEI: Hanya satu kes positif Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini membabitkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Singapura.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan direkodkan di negeri ini adalah 1,628 kes dengan 122 masih aktif.

“Seramai 1,441 pesakit sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala kes kematian 21 orang,” menurut data Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor menggesa masyarakat di negeri ini supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD).

“Ingat! anda tidak boleh cuai dan leka menjaga penjarakan sosial, kebersihan diri dan pakai pelitup muka.

“Jika anda tidak disiplin, semua kebebasan dan kelonggaran PKPBD ini akan diketatkan kembali seperti dulu. Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab,” tulisnya di Facebook.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 17 kes baharu wabak, keseluruhan 6,872 kes. Daripada jumlah itu, 5,512 pesakit berjaya sembuh.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 113 kes kematian akibat pandemik sejagat itu.


Pengarang :