Penduduk mengambil air dari tangki Pusat Khidmat Setempat (PKS) Air Selangor di Seksyen 4, Shah Alam pada 4 September 2020. ADN Kota Anggerik Najwan Halimi hadir meninjau di lokasi. Foto Ihsan Twitter Najwan Halimi
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Air Selangor: Dapatkan bekalan air di pusat khidmat, pili awam (senarai lokasi)

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menyediakan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili awam yang beroperasi 24 jam selain agihan melalui lori tangki bagi memudahkan orang ramai yang terjejas memperoleh bekalan air.

Menerusi Twitter kira-kira jam 11 pagi tadi, agensi itu menyarankan pengguna mendapatkan air melalui kemudahan tersebut sehingga bekalan itu pulih sepenuhnya.

PKS di wilayah Petaling ialah:
-Kota Damansara (Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Nuri, Seksyen 7)
-Sungai Buloh (Jalan Kubu Gajah, Taman Seri Buloh, U19/1A)
-Jalan 23, Taman Bukit Kuchai
-Jalan PJS 1/25 (berdekatan gelanggang futsal)
-SS13 Kompleks 3K

Pili awam di wilayah Petaling:
-Taman Wawasan
-Jalan USJ 2/2G
-Jalan TP2, Taman Perindustrian Subang
-Tepi jalan USJ 1/3

PKS di Gombak:
-Persiaran Kenanga, Bandar Seri Damansara
-Jalan 23/56, AU3 Keramat
-AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai

Pili awam di Gombak:
-Lembah Jaya Selatan
-AU3 Keramat
-Jalan 10, Taman Greenwood (bersebelahan Shell)
-Jalan Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas
-Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Taman Mutiara Gombak
-Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara

PKS di Kuala Lumpur:
-Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim
-Lorong Raja Muda Abdul Aziz (sebelah padang bola Hospital Kuala Lumpur)

Pili awam di Kuala Lumpur:
-Kuarters JKR Sungai Besi
-Padang Merbok

PKS di Klang:
-Masjid As Saadah Bandar Sultan Sulaiman, Lingkaran Sultan Abd Samad 2
-Taman Rekreasi Bandar Parkland, Jalan Delima
-Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail
-Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kapar
-Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/711
-Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jalan Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam

Pili awam di Klang:
-Persiaran Setia Murni
-Jalan Kenangan, Pekan Meru
-Jalan Zapin 2, Bandar Bukit Raja

Bagi Kuala Selangor, kemudahan tersebut dibuka Stadium Kuala Selangor dan pili awam di stesen bas Tanjong Karang.

Pili awam di Kuala Langat pula meliputi Jalan Gangsa dan Jalan Waja sementara di Hulu Selangor membabitkan jalan utama (depan Ambank Kampung Lee Kim Sai) dan ruang parkir pejabat penghulu Taman Jati Rawang.


Pengarang :