ADN Morib Hasnul Baharuddin beramah mesra bersama tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Morib di pekarangan Dewan MPKK Kampung Seri Jugra, Kuala Langat pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

2,000 tetamu pelbagai bangsa meriahkan rumah terbuka Aidilfitri DUN Morib

KUALA LANGAT, 29 MEI: Meskipun Syawal hampir melabuhkan tirai, Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib tetap berlangsung meriah malam ini dengan kehadiran kira-kira 2,000 tetamu.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata acara dengan kerjasama 10 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi meraikan dan mengeratkan hubungan silaturahim selepas dua tahun tidak berkumpul akibat pandemik Covid-19.

“Tahun ini kita dibenar untuk mengadakan perhimpunan dan majlis sosial kerana seperti sedia maklum sudah dua tahun kita tidak boleh berbuat demikian disebabkan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak.

Pengunjung berbilang bangsa hadir Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Morib di pekarangan Dewan MPKK Kampung Seri Jugra, Kuala Langat pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita buat persiapan kira-kira sebulan yang lepas untuk menentukan tarikh dan lokasi penganjuran. Alhamdulillah program malam ini berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan MPKK Seri Jugra di sini.

Program dari jam 8 hingga 11 malam turut dihadiri ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Aneka juadah disajikan kepada pengunjung antaranya nasi impit, lemang, rendang, roti john, roti canai, sate, apam balik, ayam goreng, kuih-muih dan yong tau fu.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan raya selain pertunjukan bunga api, manakala kanak-kanak turut diberikan duit raya.

ADN Morib Hasnul Baharuddin memberi duit raya kepada kanak-kanak sempena Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Morib di pekarangan Dewan MPKK Kampung Seri Jugra, Kuala Langat pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :