Gelagat dan Ragam Orang Melayu antara buku terjemahan IBDE yang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 3 hingga 12 Jun 2022. Foto ihsan IBDE
AGENDANASIONAL

Gelagat dan Ragam Orang Melayu antara terlaris di pesta buku KL

SHAH ALAM, 6 JUN: Gelagat dan Ragam Orang Melayu antara 10 buku terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) terlaris dalam tiga hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Buku dengan tajuk asal Malay Sketches itu menceritakan gambaran dan situasi menarik di Tanah Melayu mengikut pengamatan bekas Gabenor Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu Frank Swettenham.

Ia turut meliputi budaya, rutin harian dan adat resam Melayu selain gambaran alam ketika itu tanpa mengaitkan unsur politik mahupun agama.

Terjemahan itu merupakan hasil pertama usahasama antara IBDE dan Media Selangor bawah projek Siri Pencerahan Selangor yang membawa pembaca kepada kisah dahulu sebagai teladan.

Buku lain yang popular ialah Muhammad (edisi biasa dan khas), Abu Bakr as-Siddiq, Salahuddin al-Ayubi, Diari Seorang Gadis, Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam, Tata Dunia dan Jose Rizal.

PBAKL 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mulai 3 Jun diadakan selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19 dan menyasar kehadiran sehingga sejuta pengunjung.

Lebih 700 gerai pempamer ditempatkan selama 10 hari di situ selain melibatkan hampir 200 penerbit tempatan dan antarabangsa termasuk dari Indonesia, Singapura dan Turki.

Cara terlaris buku IBDE pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 hingga 12 Jun 2022. Foto Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan

Pengarang :