EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Sri Mohamad Suparadi (dua, kanan) selepas sidang media pembiayaan khas kepada peniaga India sempena perayaan Deepavali di Bilik Mesyuarat Semarak Api Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

EXCO: Lebih 2,000 peniaga terima manfaat program pembangunan usahawan India Selangor

SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 2,113 peniaga komuniti India menerima manfaat menerusi program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.

EXCO Pembangunan Usahawan berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi mengerakkan empat program keusahawanan sehingga peserta berjaya.

“Sitham mempunyai ekosistem yang lengkap, usahawan ini dilatih dan dibimbing sehingga berjaya.

“Saya harap komuniti India mengambil peluang ini untuk memajukan perniagaan masing-masing,” kata Rodziah Ismail dalam sidang media di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama  Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Dato’ Sri Mohamad Suparadi.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyerahkan geran peralatan kepada penerima Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di Taman Desa Utama, Klang pada 9 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dilancarkan pada September 2019, Sitham memfokuskan usahawan India yang tekad memajukan perniagaan menerusi latihan pembangunan, kursus kemahiran dan pembuatan.

Program bawah kelolaan Hijrah itu turut menawarkan bimbingan perniagaan serta bantuan peralatan perniagaan (geran).

Mereka yang berminat dengan program Sitham boleh memohon menerusi laman sesawang Hijrah Selangor.


Pengarang :