Orang ramai boleh mendaftar sebagai sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: 4,500 individu ikrar derma organ menerusi MySejahtera

SHAH ALAM, 14 SEPT: Seramai 4,500 pengikrar penderma organ direkodkan berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera sejak dilancarkan minggu lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata jumlah pengikrar tersebut adalah setakat 3 petang pada Selasa.

“4,500 ikrar penderma organ sejak kami lancarkan ciri ini di @my_sejahtera. Tolong sebarkan. Jadilah pengikrar penderma organ hari ini. Selamatkan lebih banyak nyawa,” katanya hari ini.

Pada 6 September, Khairy memaklumkan pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021.


Pengarang :