AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan baharu lima hari berturut bawah 2,000 kes

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah paras 2,000 dengan 1,942 termasuk sembilan kes import dicatatkan semalam .

Menurut data di laman sesawang CovidNow, negara merekod 1,990 kes pada 9 September, 1,971 kes (10 September), 1,483 kes (11 September) dan 1,847 kes (12 September).

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,808,896 kes dengan 25,693 daripadanya kes aktif.

Semalam, enam lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 36,291 kes.


Pengarang :