AGENSISELANGOR

Zakat Selangor beroperasi setiap hari sepanjang Disember

SHAH ALAM, 1 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS)  membuka semua cawangannya setiap hari sepanjang Disember ini.

Agensi itu memaklumkan ia dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua pelanggan yang ingin membuat bayaran atau permohonan zakat.

“LZS seperti tahun-tahun sebelum ini akan membuka semua cawangan kami selama tujuh hari seminggu sepanjang bulan Disember.

“Jika sukar untuk mencari masa ke kaunter kami bagi tunaikan zakat, boleh juga tunaikan secara online di FPX, atau melalui aplikasi Zakat Selangor,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Waktu operasi cawangan LZS adalah seperti berikut:

????? ??????? ???????? ???:
( 1 – 28 Disember 2022 )
Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9.00 pagi – 3.00 petang

( 29 – 31 Disember 2022 )
Khamis – Sabtu: 8.30 pagi – 8.00 malam

????? ??????? ???????? ???, ???? ????:
( 1 – 28 Disember 2022 )
Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 7.00 petang
Sabtu & Ahad: 8.30 pagi – 5.00 petang
Cuti Umum: TUTUP

( 29 – 31 Disember 2022 )
Khamis – Jumaat: 8.30 pagi – 8.00 malam
Sabtu: 8.30 pagi – 5.00 petang


Pengarang :