Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet serta ahli parlimen yang hadir mengaminkan doa pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen pada 13 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hutang negara cecah RM1.5 trilion, kerajaan perlu perbaiki tatakelola pentadbiran

SHAH ALAM, 14 FEB: Kerajaan akan memperbaiki tatakelola sebagai antara usaha menyelesaikan hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion, kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pengurusan yang lemah dan ketirisan menyebabkan negara menanggung hutang lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi.

“Lain-lain (usaha) ialah memastikan asas hasil ditambah dan mengkaji semula kaedah perbelanjaan awam tanpa membebankan rakyat terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini yang dibangkitkan ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh.

Dalam pada itu, Anwar berkata hutang kerajaan ketika ini sebanyak RM1079.6 trilion termasuk komitmen jaminan kerajaan RM205.9 bilion, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM18.2 bilion dan liabliti lain RM4142.2 bilion.

“Kalau dikira daripada peratus, (hutang) 82 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan untuk hutang kerajaan persekutuan sudah mencecah 60.4 peratus.

“Ia (hutang kerajaan) termasuk bayaran khidmat hutang berjumlah RM41 bilion pada 2022 dan RM46 bilion pada 2023 (manakala) peratus hasil 2022 ialah 14 peratus dan 2023 (16 peratus).

“Ini bermakna bayaran khidmat hutang banyak…hanya membayar faedah bukan bayar hutang tertunggak,” kata Anwar lagi.

 


Pengarang :