Poster Festival Usahawan Gempak yang dikongsi di Facebook Sidec – Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation
AGENSISELANGOR

Festival usahawan sempena Aidilfitri tawar cabutan bertuah hingga RM20,000

SHAH ALAM, 5 APRIL: Festival Usahawan Gempak sempena Aidilfitri menawarkan cabutan bertuah sehingga RM20,000 termasuk motosikal, televisyen dan barangan elektrik.

Acara anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) itu berlangsung di Stadium Malawati bermula jam 10 pagi.

Beberapa artis terkenal antaranya penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Lah Ahmad, Ruhainies dan Uyaina Arshad turut memeriahkan acara.

Sebelum ini, EXCO Industri Kecil dan Sederhana Dato’ Teng Chang Khim mengumumkan penganjuran festival berkenaan yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dengan diskaun menarik.

Beliau berkata inisiatif Smart Raya Selangor 2023 itu juga menghimpunkan 150 usahawan tempatan antaranya syarikat SimplySiti, Farm Fresh, Elrah Exclusive, Hush Puppies dan Wonderlab (CUCKOO).

Turut serta dalam program bermula 10 pagi itu ialah CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves dan Absolut Chocolate selain jualan kendera saji, Jelajah Ehsan Rakyat dan pelbagai pertandingan.


Pengarang :