AGENDAJENAYAH

Isteri maut dipukul suami dengan tukul besi di Dungun

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seorang wanita maut selepas dipukul suaminya dengan tukul besi dalam kejadian di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun Terengganu.

Mangsa, 41, yang parah di dahi dan muka dikatakan baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, lapor Harian Metro.

Pasangan terbabit dilaporkan bergaduh setiba mangsa di rumah sebelum suspek, 32, pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi.

Suspek dalam keadaan menangis dan ketakutan kemudian memaklumkan kepada kakaknya yang dia telah membunuh isterinya dengan tukul besi.

Pasangan itu berkahwin tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan.

Mayat di bawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pengarang :