AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Baik pulih paip pecah di Jalan Bukit Cerakah esok, bekalan pulih Rabu

SHAH ALAM, 21 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menjalankan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pada jam 9 pagi esok.

Menurut agensi, bekalan air di 99 kawasan terjejas di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam Rabu.

“Kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).

“Bekalan air mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,” tulisnya di Facebook.

Air Selangor juga menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) bakal disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai pada lampiran,” katanya.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan penduduk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Berikut senarai kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual:


Pengarang :