EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail (empat kiri) bergambar bersama selepas melakukan gimik perasmian padang bola sepak Seksyen 18 di Jalan Rembia Dua, Shah Alam pada 21 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNEXCOSELANGOR

Lebih RM500,000 diperuntuk naik taraf padang, kemudahan riadah Seksyen 18

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 21 MEI: Sejumlah RM526,536 diperuntuk untuk menaik taraf padang bola sepak di Seksyen 18 di sini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata inisiatif itu bukan saja melibatkan pembaikan padang bola sepak tetapi juga pembinaan kemudahan lain.

“Keseluruhan permukaan padang seluas 12,000 meter kaki persegi telah dibaik pulih termasuk menambah sistem subsoil paip padang bola.

Kemudahan laluan pejalan kaki dan berbasikal disediakan di padang bola sepak Seksyen 18 di Jalan Rembia Dua, Shah Alam pada 21 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Laluan pejalan kaki sepanjang 464 meter, wakaf turut dibina dan juga tambahan bangku taman, tiang gol serta bendera padang,” kata Rodziah Ismail.

Beliau ditemui pada majlis perasmian padang bola sepak di Jalan Rumbia 2, Seksyen 18, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Timbalan Setiausaha Pembangunan MBSA, Yunus Suri.

Projek naik taraf padang bola sepak itu selesai Oktober lalu melalui peruntukan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor berjumlah RM200,000 dan bakinya daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail (kanan) meninjau padang bola sepak selepas majlis perasmian di Seksyen 18 di Jalan Rembia Dua, Shah Alam pada 21 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Rodziah berkata kerja pembaikan lain termasuk membaiki tiang penghadang bola dan mengecat garisan padang.

“Alhamdulillah, saya berharap ia dimanfaatkan penduduk dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, pertandingan sukan dan sebagainya,” katanya.


Pengarang :