Anggota polis giat mengalihkan pokok yang tumbang dibeberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur susulan hujan lebat dan ribut pada 19 Mei 2023. Foto Facebook JSPT KL (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur)
AGENDANASIONAL

Hujan lebat: 18 kenderaan dihempap pokok, tiada kemalangan jiwa

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Hujan lebat dan ribut di sekitar ibu kota malam ini menyebabkan 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan malam ini memaklumkan telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang dan telah menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Lokasi yang terjejas antaranya di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Wangsa Maju.

“Selain itu (turut terjejas) di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Jalan Ampang berhampiran Muzium Istana, Jalan Istana dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” menurut kenyataan itu.

PGO turut memaklumkan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – BERNAMA

 

 


Pengarang :