Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas di Jualan Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing di Pangsapuri Damasara Bistari, Petaling Jaya pada 4 Julai 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah di sembilan lokasi esok, tawar barangan asas berkualiti

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 4 JULAI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) menemui orang ramai di sembilan lokasi terpilih esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program jualan murah itu akan diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Serdang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa; Kampung Bahagia, DUN Sungai Ramal; tapak pasar malam Klang Jaya (DUN Sentosa) dan Masjid As Salam (DUN Taman Medan).

JER yang bermula dari jam 10 pagi itu turut diadakan di Angsana USJ, DUN Subang Jaya; Masjid Kampung Pasir Baru (DUN Semenyih); Taman Sekinchan Jaya (DUN Sekinchan); balai raya MPKK Taman Yayasan (DUN Banting) serta Pasar Juadah Apartment Sri Bayu (DUN Lembah Jaya).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Orang ramai boleh menyemak lokasi terkini JER seluruh negeri, setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :