sebilah kunci memanglah
cuma boleh membuka
sebuah pintu
dan sebuah pintu memanglah
kalau dicungkil dengan berani
benang juga dapat mencerobohinya
tetapi kunci tetap tak ada hak
meragui pintu
tatkala pintu menutup dunia,
lubang di dadanya itu
ditinggalkan kosong
oleh siapa?
Khoo Phau Liang