Pekerja ladang mengangkut kepala sawit ke dalam lori untuk dihantar ke kilang (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM umum RM1 bilion setahun selama 10 tahun untuk Felda

SERDANG, 7 JULAI: Kerajaan melulus dana sehingga RM1 bilion setiap tahun bagi tempoh 10 tahun bagi menjamin kelangsungan Felda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu bagi meneruskan pembayaran yang tertangguh oleh kerajaan sebelum ini.

“Saya dengan dukungan timbalan-timbalan perdana menteri dan Jemaah Menteri menyatakan di sini, saya luluskan dana hampir RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada Felda.

“Ini adalah dana pembiayaan sukuk Felda yang tertangguh sebelum ini oleh kerajaan lama di bawah Perikatan Nasional. (Ini bagi) jamin kelangsungan institusi gergasi (Felda) negara kita,” katanya pada sambutan Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang di sini hari ini.

 


Pengarang :