AGENDANASIONAL

Lelaki lari dari pemeriksaan polis di Kepong direman empat hari

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Polis mengesahkan seorang lelaki yang melarikan diri selepas diarah berhenti untuk pemeriksaan di Kepong di sini pada Isnin lepas, telah ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek warga tempatan itu ditahan semalam, di sekitar Kajang.

Beliau berkata polis masih memburu seorang lagi suspek dalam kes berkenaan yang masih bebas.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek yang ditahan pernah terlibat kes dadah dan direman selamat empat hari sehingga 14 Ogos ini, bagi membantu siasatan ,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pada Isnin lepas, polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah kereta, dalam usaha menghentikan dua penjenayah yang melarikan diri selepas diarah berhenti untuk pemeriksaan di Kepong.

Kejadian itu dilapor berlaku 7.45 pagi, apabila dua lelaki tempatan memecut kenderaan dinaiki selepas diarah berhenti oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong.

-BERNAMA

 


Pengarang :