Penduduk membeli barangan keperluan dapur pada program Jualan Ehsan Rakyat (JER) DUN Seri Serdang di Surau Nurul Huda, Kampung Kenangan, Subang Jaya pada 21 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Semenyih, Lembah Jaya, Bandar Baru Klang lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 24 OGOS: Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Medan Selera, Semenyih; Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang (Lembah Jaya) dan Surau Al Falah Taman Sri Pekan (Bandar Baru Klang).

Jualan murah yang bermula 10 pagi itu adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :