Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil berucap pada Ceramah Mega Malaysia MADANI di Kota Anggerik pada 11 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Setiap undi sangat bernilai, rakyat diseru keluar mengundi

OLEH SITI ROHAIZAH ZAINAL DAN NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 OGOS: Rakyat Selangor diminta keluar mengundi hari ini bagi memastikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN), kata Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata setiap undian sangat bernilai kerana menjadi penentu nasib rakyat untuk tempoh lima tahun mendatang.

‘Antara hari ini dan sepanjang hari esok, undian anda sangat bernilai, ini adalah masa depan kita. Insya-Allah kita akan bentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor esok, Pilihlah parti yang sudah terbukti kemampuannya menjaga kebajikan rakyat,”

Sementara itu, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman berkata pengundi khususnya golongan muda dinasihat tidak memperjudikan masa depan dengan memilih pemimpin yang tidak mampu membela nasib mereka.

“Pilihan raya ini bukan main-main, suka-suka ‘try’. Lima tahun itu adalah satu masa yang perlu dimanfaatkan untuk terus membangunkan Paya Jaras.

“Mari sama-sama bangunkan Paya Jaras dengan cara kita dengan kekuatan ekonomi yang ada, bukannya macam Kelantan dan Terengganu,” kata penyadang kerusi pada Grand Finale Paya Jaras di tapak pasar malam Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh malam tadi.


Pengarang :