Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Grand Finale Festival Arus Merah Kuning di Dataran Sungai Tua pada 9 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rancangan lima tahun pastikan Selangor kekal penyumbang utama KDNK

SHAH ALAM, 12 OGOS: Teras ekonomi terkandung dalam manifesto kerajaan perpaduan Selangor bakal menjadi elemen penting bagi meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negari.

Dato’ Menteri Besar berkata antara rancangan terpenting yang terkandung dalam teras berkenaan ialah pembinaan jajaran rel kereta api sehingga ke utara dan selatan negeri.

Menerusi inisiatif itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor mampu kekal menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara pada masa depan malah peratusan KDNK juga bakal bertambah.

“Kerangka pembangunan ekonomi termasuk Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menjadi dasar penting. Kita penyumbang terbesar jadi kena kekalkan atau tambah lagi.

“Bila ada jajaran ini, rel yang dijangka siap pada 2006 akan melingkari hampir keseluruhan negeri. Ini beri peluang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya bersiaran di Tik Tok malam tadi.

Pada 31 Julai, Amirudin yang juga pengerusi HARAPAN negeri melancarkan Tawaran Kita Selangor yang merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Selain sektor ekonomi, tawaran menumpukan empat teras lain iaitu pembangunan seimbang, pentadbiran berintegriti, kehidupan lestari dan syiar Islam.


Pengarang :