Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KL, lima daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima daerah di Selangor sehingga 3 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka melanda Labuan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :