Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia
AGENDASUKANKINI

Badminton: Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Sukan Asia

SHAH ALAM, 4 OKT: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Sukan Asia selepas menewaskan beregu Thailand.

Beregu nombor lima dunia itu menewaskan Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-14 pada pusingan 16 terbaik sebentar tadi, lapor Berita Harian.

Aaron-Wooi Yik akan bertemu pemenang perlawanan antara juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan wakil tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di suku akhir.

Dalam pertemuan terakhir menentang kedua-dua pasangan itu, Aaron-Woo Yik berjaya melakar kemenangan.

Mereka mengatasi pasangan China itu dalam laluan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, bulan lalu manakala menewaskan beregu Korea ketika beraksi dalam acara berpasukan campuran, minggu lalu.


Pengarang :