Orang ramai hadir membeli pelbagai barnagan keperluan asas pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Damansara yang diadakan di Blok C dan D, PPR Kota Damansara pada 21 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah di Dengkil, Jeram dan Sungai Air Tawar hari ini

SHAH ALAM, 5 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjual pelbagai barangan asas seperti beras dan telur pada harga murah diadakan di tiga lokasi hari ini bermula jam 10 pagi.

Jualan diadakan di Dewan Orang Ramai Labohan Dagang (Dengkil), Balai MPKK Bukit Kerayong 1 (Jeram) dan Pusat Khidmat Masyarakat (Sungai Air Tawar).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :