Lembaga Zakat Selangor disertai Adab Youth Garage (AYG) dan MegaKlinik Zahran meraikan 40 kanak-kanak kurang bernasib baik dengan pelbagai aktiviti menarik di Pusat Aktiviti Yayasan Chow Kit pada 7 Oktober 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS rai 40 kanak-kanak di Yayasan Chow Kit, anjur pelbagai aktiviti menarik

SHAH ALAM, 10 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 40 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Yayasan Chow Kit, Ahad lalu.

Agensi itu memaklumkan program dengan kerjasama Adab Youth Garage (AYG) dan MegaKlinik Zahran menghidangkan pelbagai aktiviti menarik kepada kanak-kanak.

“Pelbagai aktiviti yang kami dapat buat bersama kanak-kanak ini antaranya sesi Melukis Cita-Cita oleh AYG, dan aktiviti membersih bersama Dr Amiruddin dari MegaKlinik Zahran,” katanya di Facebook.

Dianjurkan di Pusat Aktiviti Kanak Kanak Yayasan Chow Kit, kanak-kanak terbabit turut berkesempatan menikmati hidangan makanan segera.

“Masing-masing teruja bila dapat hidangan ini. Tak sempat pihak kami mahu ambil gambar mereka dengan makanan tadi,” maklum agensi itu.

Yayasan Chow Kit yang ditubuh pada 2010 menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan penjagaan sementara kepada kanak-kanak memerlukan sekitar Kuala Lumpur.


Pengarang :