Emil Idzhar berjaya meraih tempat ketiga dalam FIM MiniGP Malaysia baru-baru ini. Foto Facebook Ahmad Azri
AGENSISELANGOR

MBI bangga pencapaian pelumba muda raih tempat ketiga MiniGP

SHAH ALAM, 10 OKT: Kejayaan pelumba motosikal 190cc, Emil Idzhar Ezuan meraih tempat ketiga dalam FIM MiniGP Malaysia di Litar Kart Antarabanga Sepang dianggap pencapaian membanggakan.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI selaku penaja pelumba berusia 16 tahun itu turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut.

“Mewakili MBI Selangor, saya ucapkan tahniah kepada adik Emil Idzhar kerana berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan FIM MiniGP Malaysia.

“MBI telah memberikan sumbangan kepada adik Emil untuk beraksi dalam kejohanan ini. Kejayaan ini amat membanggakan kami,” maklum Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Kejayaan Emil pada 8 Oktober lalu itu melayakkan beliau mewakili negara ke kejohanan dunia FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol.


Pengarang :