Seorang pengunjung bersama anaknya tertarik melihat replika rumah ketika mengunjungi Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Belanjawan dijangka tumpu sektor perumahan, perkenal inisiatif baharu

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Sektor perumahan dan hartanah dijangka terus diberi tumpuan dalam Belanjawan Selangor 2024 yang bakal dibentang pada 10 November depan.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah turut menjangkakan beberapa inisiatif baharu berkaitan perumahan turut dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari nanti.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Antara yang saya nampak bajet ini akan menjurus juga kepada perumahan. Jadi saya rasa (ada) inisiatif-inisiatif terbaru yang akan diumumkan nanti.

“Kita tunggulah pada 10 November. Insya-Allah akan ada juga insiatif terbaru yang melibatkan perumahan khususnya di Selangor,” katanya selepas merasmikan merasmikan Expo Rumah BPEX di Pusat Pameran Mid Valley di sini, semalam.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (kiri) melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada 30 September, Dato’ Menteri Besar berkata pentadbirannya optimis untuk mencapai sasaran membina 60,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata 45,000 unit rumah berkenaan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini.

Amirudin dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 10 November depan. Dewan dijadual bersidang hingga 24 November.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan berkenaan melalui laman sesawang SelangorTV selain Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari.

Laporan berita pula boleh diikuti melalui Selangorkini selain versi bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil manakala edisi cetak berbahasa Melayu terbit keesokannya.


Pengarang :