Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis sambutan Deepavali peringkat Selangor 2023 di Dataran Klang@Padang Chetty, Klang pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB meriahkan sambutan Deepavali peringkat negeri disertai 5,000 pengunjung

KLANG, 4 NOV: Hampir 5,000 penduduk hadir meraikan majlis sambutan Deepavali peringkat negeri di tempat letak kereta Dataran Klang@Padang Chetty di sini malam ini.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Dato’ Salim Soib@Hamid.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan cek sumbangan bantuan kuil fasa empat kepada 53 kuil pada majlis sambutan Deepavali peringkat Selangor 2023 di Dataran Klang@Padang Chetty, Klang pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut hadir beberapa barisan pimpinan Kerajaan Negeri antaranya EXCO Pembasmian Kemiskinan Papparaidu Veraman; EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin; EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah.

Amirudin ketika berucap berkata sambutan Deepavali merupakan perayaan mengumpulkan persaudaraan dalam kekeluargaan dan kemanusiaan dalam suasana yang penuh mencabar.

Hampir 5,000 pengunjung hadir pada majlis sambutan Deepavali peringkat Selangor 2023 di Dataran Klang@Padang Chetty, Klang pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Mari kita jadikan Deepavali ini sebagai titik penting untuk menjadi rakyat bersatu padu dan mampu melepasi cabaran pada masa depan.

“Pasak dalam diri supaya kita jadi negeri terbaik di Malaysia. Menjadi cita-cita saya untuk jadikan negeri terbaik di Asia,” katanya.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Amirudin menyampaikan cek sumbangan yuran kemasukan ke institusi pengajian tinggi bagi pelajar komuniti India B40 kepada 104 pelajar berjumlah RM590,016.75.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama barisan EXCO dan ADUN pada majlis sambutan Deepavali peringkat Selangor 2023 di Dataran Klang@Padang Chetty, Klang pada 4 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan bantuan kuil fasa empat kepada 53 kuil berjumlah RM515,000 dan meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung.


Pengarang :