Orang ramai membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang pada 2 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barang dapur murah di lapan lokasi termasuk Segi Fresh hari ini

SHAH ALAM, 3 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lapan lokasi hari ini.

Jualan murah diadakan di padang permainan Jalan Kencana 22, Taman Kencana (DUN Pandan Indah), gelanggang futsal Taman Arked (DUN Dengkil), Jalan Pulau Angsa U10/15 Seksyen U10 (DUN Kota Anggerik) dan Kampung Manikavasagam Pulau Carey (DUN Pelabuhan Klang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selain itu, aneka keperluan berkualiti pada harga murah turut ditawarkan di empat stor pasar raya Segi Fresh membabitkan cawangan Kayu Ara, Bandar Teknologi Kajang, Sungai Besar dan Pulau Indah.

“Bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” menurut pasar raya itu.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM6.49 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan) dan tepung gandum (RM2.00/pek).


Pengarang :