AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Darul Ehsan Berselawat serikan sambutan ambang tahun baharu

SHAH ALAM, 20 DIS: Kemuncak sambutan ambang tahun baharu 2024 bakal dimeriahkan dengan program Darul Ehsan Berselawat di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember.

Pengarah program Daing Muhammad Reduan berkata sambutan berkonsep keagamaan turut diserikan dengan program Doa Untuk Palestin yang menampilkan beberapa artis ternama sehari sebelumnya.

“Untuk sambutan tahun ini kita tampilkan beberapa tokoh antaranya Habib Jindan Novel, Habib Ali Zainal Abiin Assegaf dan Habib Nael Ben Taher. Program bermula 7 malam.

“Kita juga bekerjasama dengan Ribath Fatimah Az-Zahra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk program Doa Untuk Palestin. Selain itu, ada juga pameran mengenai Palestin dan persembahan artis,” katanya ketika dihubungi.

Pengunjung diingatkan untuk membawa sejadah dan tikar serta memakai pelitup muka.


Pengarang :