Wisma MBSA di Seksyen 14, Shah Alam dilimpahi cahaya melambangkan warna bendera Palestin pada 18 Mei 2021. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA: Kerja pasang lampu jalan LED capai 98 peratus, siap sepenuhnya tahun ini

SHAH ALAM, 15 JAN: Kerja pemasangan lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) siap 98 peratus setakat ini sejak dilaksanakan pada 2018.

Pemangku Datuk Bandar Ir Cheremi Tarman berkata kerja pegantian 46,000 lampu jalan sedia ada kepada LED itu dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman ketika Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam di hadapan Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kita ada 46,000 lampu jalan di seluruh Shah Alam dan buat masa ini hampir 98 peratus telah ditukar dari yang biasa kepada LED di bawah program penukaran lampu jalan.

“Hasil penukaran lampu LED ini, bil lampu jalan mencatat penurunan daripada RM13 juta pada 2018 kepada RM5.7 juta pada 2022.

“Pengurangan bil ini bukan sahaja menjimatkan tetapi mengurangkan pelepasan karbon dan selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ke arah memacu kelestarian,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan peserta Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di hadapan Wisma MBSA di sini, semalam.

Terdahulu, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran MBSA yang membuka tirai tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman melakukan gimik pelepasan peserta berbasikal santai sempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di tempat letak kereta hadapan Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam pada 14 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :