AGENDAJENAYAH

Tiga individu ditahan disyaki larikan pelajar perempuan di hadapan sekolah

GOMBAK, 7 JAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang remaja perempuan di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada jam 10.36 pagi.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu dimaklumkan oleh guru berhubung kejadian tersebut.

“Pelajar Tingkatan Lima itu dilarikan seorang lelaki dan wanita warga tempatan dengan menggunakan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata polis turut merampas kereta jenis Toyota dan motosikal Yamaha Y15ZR.

“Kesemua suspek direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Yap Ching Chua di talian 019-9969649 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.


Pengarang :