Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat
PBTSELANGOR

Tukar pakaian, minyak masak terpakai dengan duit di pasar Banting Sabtu ini

SHAH ALAM, 17 JAN: Orang ramai berpeluang menukar barangan, pakaian dan minyak masak terpakai dengan wang tunai di pasar awam Banting, Sabtu ini.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari, inisiatif itu dilaksanakan menerusi program ‘Trash to Cash’ iaitu sampah dijadikan sumber pendapatan tambahan.

“Anda mempunyai banyak barangan kitar semula, minyak masak terpakai dan pakaian terpakai yang telah terkumpul? Boleh sertai program Sabtu ini.

“Harus diingat hanya barangan, pakaian dan minyak masak terpakai sahaja boleh ditukar dengan wang tunai pada program ini,” katanya di Facebook.

Menurut MPKL program itu juga adalah usaha ke arah melestarikan alam sekitar selaras hasrat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.

Maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi talian 012-3004847.


Pengarang :