Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Kuala Selangor sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Plaza Tol Ijok, Lebuhraya Latar pada 8 Februari 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
AGENDANASIONAL

Tol percuma dua hari, dianggar 300,000 kenderaan guna Latar

SHAH ALAM, 9 FEB: Sebanyak 300,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) berikutan tol percuma dua hari mulai semalam sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Operasi Latar Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata jumlah itu meningkat sehingga 30 peratus berbanding hari biasa dengan laluan sepanjang 33 kilometer dari Templer Park ke Ijok.

“Latar sememangnya bersiap sedia menerima jumlah kenderaan yang meningkat sepanjang cuti perayaan ini,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Dalam pada itu, jelasnya, petugas peronda diarah bersiap-siaga selama 24 jam di lebuh raya berkenaan bagi memastikan kelancaran trafik dan bantuan kerosakan kenderaan atau kemalangan.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan pengguna lebuh raya melibatkan kenderaan persendirian akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari mulai semalam.

 


Pengarang :