Graduan Universiti Selangor (Unisel) menerima ijazah sempena istiadat konvokesyen ke-17 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hadiah RM1,000 masuk universiti, anak Selangor dipelawa mohon mulai 15 Mac

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 MAC: Anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah dipelawa memohon insentif wang tunai RM1,000 bermula 15 Mac hingga 15 April.

Menurut Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, program Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) itu terhad kepada 3,000 individu dan borang permohonan boleh diisi dengan melayari https://edanapendidikan.selangor.gov.my.

Pemohon juga boleh mengimbas kod QR poster di bawah untuk mendaftar melihat syarat permohonan.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada November tahun lepas berkata sejumlah RM3 juta diperuntuk untuk meneruskan program HPIPT

Tambah Dato’ Seri Amirudin Shari, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) juga diteruskan dengan dana RM9 juta bagi memperkasa pendidikan di negeri ini.

Selain itu, seramai 2,500 pelajar disasar menerima Bantuan Asas Yuran Universiti (Bayu) tahun ini bagi mengurangkan beban untuk menyambung pengajian.

 


Pengarang :