Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

JER mega 6, 7 April mudahkan penduduk beli keperluan raya

SHAH ALAM, 31 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega dijadual berlangsung di beberapa lokasi pada 6 dan 7 April bagi memudahkan orang ramai membeli keperluan asas sempena Aidilfitri.

Bermula 9 pagi, jualan murah pada 6 April diadakan di Dataran Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan (Pandan Indah) dan pekarangan Stesen Bas Pekan Sabak (Sabak).

Keesokan harinya, jualan sama diadakan di Gua Damai Extreme Park, Kampung Wira Damai, Batu Caves (Sungai Tua) dan Dataran Pantau Batu Laut (Tanjong Sepat).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

 


Pengarang :