Orang ramai mendaftar Pangkalan Data Utama (Padu) pada sesi townhall berkenaan Padu di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 23 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kunjungi 32 kaunter pendaftaran Padu di enam daerah esok

SHAH ALAM, 23 MAC: Orang ramai dipelawa mengunjungi kaunter pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di seluruh negeri esok yang berbaki sembilan hari sebelum tarikh akhir pada 31 Mac ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor memaklumkan terdapat 32 kaunter fizikal yang dibuka mulai jam 9 pagi hingga 2 petang melibatkan enam daerah.

“Ayuh warga Selangor serbu kaunter Padu berdekatan dengan anda,” menurut kenyataan di Facebook hari ini.

Individu berumur 18 tahun ke atas terutama ketua isi rumah disaran mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Senarai kaunter Padu mengikut daerah:

Gombak

  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Desa Satu
  • Nadi Wangsa Permai
  • Balai penghulu mukin Setapak
  • Jualan ikan murah, Flat AU 1B, Taman Keramat

Klang

  • Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kampung Batu Belah
  • Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
  • Dewan perbincangan dan sewan makan Surau Shariful Huda, Taman Kem Pelabuhan Klang
  • Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Perepat, Kapar

Kuala Langat

  • Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Kanchong Darat
  • Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Tadom
  • Medan Selera MDKL Taman Ria

Kuala Selangor

  • Pedi Taman Saujana Utama
  • Pedi Pekan Ijok
  • Pedi Taman Seri Cahaya
  • Pedi Kampung Batu 19 Jeram
  • Pedi Sungai Sireh

Hulu Langat

  • Pejabat penghulu Beranang
  • Pedi Taman Ahmad Razali
  • Surau Al-Muqarrabin, Taman Perkasa Fasa 2,
  • JMB pansapuri Seri Anggerik (Blok SA 5A), Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
  • Medan Selera Seeme Two, Sungai Chua
  • MPKK Kampung Pandan Dalam
  • Masjid Jamiul-Huda, Kampung Melayu Ampang
  • Dewan Komuniti Jalan Merdeka

Hulu Selangor

  • Lotus’s Bukit Beruntung
  • Nadi Felda Soeharto
  • Nadi Felda Gedangsa
  • Nadi Felda Sungai Tengi
  • Nadi Pekan Kuala Kubu Bharu
  • Econsave Batang Kali

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor Hartini Yaacob berkata kemas kini maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa depan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac yang dianggar mengambil masa kurang 10 minit.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari menjadi platform tunggal untuk meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang benar-benar layak.


Pengarang :