Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam diingat terus kongsi rezeki, yakin balasan Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 23 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus berkongsi rezeki terutama di bulan Ramadan agar Allah SWT melipatgandakan setiap pemberian.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah Al-Baqarah ayat 245 yang dibacakan qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Jelas beliau, menerusi ayat ini Allah menjanjikan orang yang beri pinjaman (berkongsi rezeki) dalam keadaan ikhlas akan dilapangkan rezekinya.

“Contohnya di bulan Ramadan, Allah menggandakan solat fardu kepada 70 kali ganda begitu juga solat sunat, begitu juga bila berkongsi rezeki.

“Jangan kita lakukan kesilapan apabila kita memberi dengan mahu melihat adakah Allah membalasnya, sedangkan ulama dan para sahabat berdoa dalam keadaan yakin Allah akan membalasnya. Yakin Allah balas setiap benda yang kita beri,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut menyeru umat Islam meneruskan amalan sedekah tanpa perlu menunggu kedatangan Aidilfitri kerana Ramadan adalah masa terbaik untuk berkongsi kenikmatan.

“Ayat ini memberi ingatan yang sangat mendalam dan mengajar untuk berkongsi apa yang kita ada. Tidak lengkap iman seseorang jika jirannya berlapar atau kenyang.

“Sewajarnya kita berkongsi apa yang kita ada kerana janji Allah SWT akan melipatgandakan rezeki,” ujarnya.

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu

 


Pengarang :